Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Kamel Mohamad berkata, sehingga kini dianggarkan hampir 96,000 pengunjung telah menghadiri enam lokasi KPTN di seluruh negara.

Menurutnya, karnival itu bertujuan untuk menyebar luas maklumat berkaitan pendidikan tinggi kepada pelajar sekolah dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

“KPTN menghimpunkan pelbagai agensi termasuk universiti awam dan swasta dan membuka banyak peluang untuk lepasan sekolah ini melanjutkan pelajaran mereka

“Melalui karnival ini banyak maklumat dapat disampaikan kepada golongan sasar serta memberi peluang kepada mereka berinteraksi dengan pihak universiti dan kolej pengajian secara terus,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran KPTN Zon Pulau Pinang di sini pagi ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga Datuk Mohd. Zain Ahmad yang mewakili Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.- UTUSAN ONLINE