Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KPT sentiasa beri yang terbaik majukan pendidikan tinggi negara

Idris Jusoh lawat Utusan Malaysia
Pengarah Urusan, Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Noordin Abas (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (kanan) ketika lawatan ke Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/SURIYA BONMA

KUALA LUMPUR Feb. 20 - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa berusaha mencari jalan terbaik dalam memastikan tahap pendidikan tinggi negara berada di kelompok terbaik dunia.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebagai contoh, Malaysia merupakan negara terawal di dunia yang memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui Program Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

"Kita ambil inisiatif ini sebagai satu jalan untuk memastikan rakyat Malaysia berpeluang untuk mendapatkan pendidikan pada tahap yang tertinggi," kata Idris sewaktu melakukan lawatan ke Ibupejabat Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Ketibaan Idris disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Mengiringi Idris dalam lawatan hari ini termasuk Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Idris dan delegasi meluangkan masa hampir dua jam bertukar pendapat dengan barisan kepimpinan Kumpulan Utusan, dan turut dibawa melawat ke ruang editorial akhbar untuk beramah mesra dengan kakitangan Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain