Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya telah mula memberikan sokongan daripada aspek pencarian lokasi, memudah cara proses permohonan penubuhan, pendaftaran dan piawaian serta soal pengambilan pelajar.

Menurut beliau, satu institusi pengajian tinggi (IPT) Jepun yang telah menyatakan hasrat membuka cawangan adalah Universiti Tsukuba selaku universiti tertua di negara itu.

"Turut merancang menubuhkan kampus cawangan adalah Nippon Designers School dan Ritsumeikan Asia Pasific University.

"Kementerian Pendidikan memberikan komitmen dan sokongan padu bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar universiti-universiti Jepun menubuhkan cawangan mereka di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE