Timbalan Menterinya, Datuk Chong Sin Woon berkata, langkah berkenaan dijangka dilaksanakan dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

“Ketika ini masalah kekurangan guru di semua sekolah tidak begitu serius dan menjadi perkara biasa apabila terdapat guru bersara, bersara awal atau mengambil cuti tahunan dalam tempoh lama,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Sin Woon merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru-Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang dihadiri 563 guru besar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE