Pengarah Eksekutifnya, Mohd. Taufik Ismail berkata, KPJ Klang mematuhi sepenuhnya tadbir urus klinikal dan korporat untuk mencapai standard penjaga­an pesakit berasaskan nilai-nilai syarikat iaitu memastikan ke­selamatan, memberi perkhid­matan sempurna, me­laksanakan tugas dengan integriti, mengamalkan profesionalisme setiap masa dan berusaha me­laksanakan penambahbaikan se­cara berterusan.

Di samping itu, KPJ Klang mengadaptasi dan menerapkan nilai Care for Life dalam memastikan perkhidmatan bukan sahaja kepada pesakit tetapi 
kumpulan yang lebih besar iaitu masyarakat setempat dan memberi testimoni positif kepada hospital.

“Kejayaan hari ini memboleh­kan KPJ Klang diiktiraf sebagai sebuah organisasi terbaik dalam kalangan yang terbaik dalam industri ini hari ini.

“KPJ Klang juga mendapat pengiktirafan perniagaan melalui liputan media dan publisiti di seluruh negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

KPJ Klang mula beroperasi pada Jun 2012 dengan mempunyai 45 katil dan kemudian berkembang kepada 110 katil dalam tempoh tidak sampai 5 tahun.

KPJ Klang merupakan hospital ke-21 dalam kumpulan KPJ Healthcare Berhad, disokong dengan 329 tenaga kerja terlatih dan 37 pakar perubatan serta dilengkapi dengan sokongan padu dan bimbingan daripada KPJ Healthcare Berhad.

KPJ Klang turut memenangi Kategori 3 dalam Sektor Perkhid­matan iaitu perolehan jualan antara RM50 juta hingga RM 100 juta.

“Kami berasa teruja dan percaya pengiktirafan ini dapat menaikkan semangat semua warga kerja untuk terus komited dalam melaksanakan tugas dan memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai,” ujarnya.

Tambahnya, KPJ Klang me­rupakan sebuah hospital pakar terletak di Bandar Baru Klang, Selangor yang mempunyai kemudahan medikal terkini dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepakaran.

“Sistem klinikal yang disediakan terdiri daripada Sistem Maklumat Klinikal Mudah Alih KPJ (KCIS), Sistem Informasi dan Teknologi Hospital (HITS), Sistem Informasi Klinikal KPJ (KCIS), Sistem Arkib dan Komunikasi Pengimejan (PACS), Sistem Pengurusan Kejuruteraan dan Bio Perubatan (BEMS), Sistem Penghantaran Digital Xray (SWAST).

Selain itu, turut menyediakan Sistem Pengurusan Katil (BMS), Sistem Informasi Makmal (LIS), Sistem Pengurusan Insiden Q- Radar, Sistem Layan Diri Pekerja, Portal Aplikasi Perkhidmatan Pengurusan Kualiti, Sistem Penjadualan Dewan Bedah dan Sistem Temujanji Pesakit Atas Talian,” jelasnya.