Sebaliknya, Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, penjawat awam yang layak hanya menerima pembayaran bonus mengikut sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka.

"Tiada lagi pembayaran bonus pada tahun hadapan. Jabatan kerajaan akan bekerjasama dengan ketua jabatan menentukannya dan kita menetapkan mengikut KPI.

"Tidak mustahil kita boleh tetapkan bayaran khas lebih daripada tiga bulan tetapi bergantung kepada prestasi setiap jabatan.

"Hanya yang layak sahaja akan dapat dan yang tidak layak perlu berusaha lagi,"katanya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2019, di sini hari ini.

Terdahulu, sebelum itu, Amirudin mengumumkan kerajaan negeri akan membuat bayaran bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam di negeri pada 20 Disember ini.

Katanya, pembayaran bantuan khas kewangan itu memberi implikasi kewangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM34.53 juta. - UTUSAN ONLINE