Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, logo yang sudah mula digunakan sejak tiga bulan lalu itu akan diberikan secara percuma kepada PKS yang memohon sepanjang tempoh pengenalan iaitu kira-kira setahun.

"Kami mengeluarkan logo baharu ini supaya tidak wujud penipuan logo seperti logo Buatan Malaysia yang ada digunakan oleh sesetengah produk tanpa mendapatkan kelulusan dari kementerian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Program Citarasa Malaysia (PCM) 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE