Majlis bacaaan ikrar melibatkan kira-kira 500 warga KPDNKK dan agensi-agensi di bawahnya itu disempurnakan di bangunan kementerian tersebut di sini dengan diketuai oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Jamil Salleh.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut menyertai majlis ikrar berkenaan yang disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.

Hamzah berkata, melalui IBR itu, warga kementerian akan meng­galas tanggungjawab untuk memperkukuh integriti serta menjauhi rasuah dan salah guna kuasa sepanjang perkhidmatan mereka.

“Saya yakin ini akan digalas mereka dengan penuh bertanggungjawab dan ikhlas ke arah membebaskan negara daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“Aspirasi ini perlu dilakukan secara sukarela dan bersama oleh semua pihak selaras dengan pendekatan tanpa paksaan oleh pihak SPRM,” katanya kepada pemberita selepas majlis IBR tersebut.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Nege­ri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Dalam isu berasingan, Hamzah berkata, sesebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak-hak kepenggunaan perlu melihat gambaran sebenar terhadap isu-isu tertentu.

“Pada 24 Ogos lalu, Datuk Seri Jamil telah berjumpa dengan peng­usaha-pengusaha stesen mi­nyak dan syarikat Caltex, tetapi salah seorang pengusaha tidak mahu berjumpa mencari penyelesaian tetapi membawa NGO untuk berpiket,” katanya.