Dalam memastikan amalan perdagangan dipatuhi oleh pihak-pihak terbabit, bidang-bidang utama penguatkuasaan kementerian terus dipertingkatkan khususnya melalui usaha membanteras penyelewengan, meningkatkan ke­sedaran umum mengenai hak pengguna dan melindungi harta intelek.

Melalui inisiatif untuk meringankan kos sara hidup ma­syarakat, pelbagai langkah pe­­nguatkuasaan dilaksanakan se­­­­perti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, Penguatkuasaan Timbang dan Sukat, Pengurusan Perlesenan dan Perlindungan Harta Intelek.

Selain tumpuan terhadap pencapaian dalam bidang penguatkuasaan, KPDNKK juga tidak mengabaikan tanggungjawab khid­mat sosial melalui kempen kesedaran dan pendidikan kepenggunaan yang dilaksanakan melibatkan semua lapisan masyarakat.

Sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam sektor perdagangan dalam negeri, KPDNKK juga terlibat dalam program pembangunan keusahawanan melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan mengenal pasti dan memberi peluang kepada produk yang berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Bersandarkan pencapai­an pada tahun ini, KPDNKK berharap akan terus mengorak langkah menjadi sebuah kementerian yang prihatin terhadap setiap permasalahan pengguna dan pada masa yang sama terus me­ningkatkan pencapaian pada masa depan.w