Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat perlu menghargai komitmen bekas Perdana Menteri itu ke arah memastikan pengguna menjadi lebih bijak. 


“Saya bersyukur bekas Perdana Menteri turun padang dan mengambil peranan itu. Saya juga menghargai kesungguhan beliau yang turun ke Pasar Datuk Keramat baru-baru ini.


“Saya suka untuk meminta Datuk Seri Najib membantu kementerian daripada semasa ke semasa dengan lebih kerap kerana kita dapat meneliti isu-isu pengguna seperti ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 KPDNHEP di sini hari ini.


Najib menerusi catatan dalam Facebook miliknya semalam mendakwa peniaga merungut harga telur di pasaran telah naik.


Rungutan tersebut disuarakan kepada beliau ketika berkunjung ke Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur untuk bertemu serta bersarapan dengan beberapa peniaga dan penduduk di situ.


Sehubungan itu, menurut Saifuddin, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP telah membuat pemeriksaan di Pasar Datuk Keramat selepas menerima aduan daripada Najib.


“Saya telah teliti aduan itu dan laporan tersebut sudah siap namun, saya belum berkesempatan untuk melihatnya.


“Selain itu, bukan sahaja aduan daripada bekas Perdana Menteri namun, aduan rakyat juga akan diambil tindakan,” katanya. - UTUSAN ONLINE