Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Nilai kira-kira pukul 3 pagi ini ketika mendapatkan rawatan di situ.

Semalam Allahyarham turut menghadiri majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang, Dengkil yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan beliau memandu sendiri kereta ke pusat perubatan tersebut untuk mendapatkan rawatan.

Namun beliau disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan dan jenazah akan dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat

Abdul Rahim, 55, dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara berkuatkuasa pada 16 Jun 2016.

Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri selain pernah menjadi Pengarah, Bahagian Awam, Eastern Sabah Security Command (Esscom). - UTUSAN ONLINE