Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kota Kinabalu Wetland tapak Ramsar terbaharu Malaysia

PUTRAJAYA 17 Julai – Kota Kinabalu Wetland diisytiharkan sebagai Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) yang ketujuh di Malaysia dan kedua bagi negeri ini.

Wan Junaidi
Wan Junaidi

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekretariat Ramsar telah meluluskan penyenarai­an lokasi tersebut pada Mac lalu sekali gus menjadi tapak Ramsar yang pertama di dalam kawasan bandar bagi negara ini.

“Sehingga kini, Malaysia mempunyai enam tapak Ramsar iaitu Tasik Bera di Pahang, Tanjung Piai dan Sungai Pulau masing-masing di Johor, Taman Wetland Kuching Nasional, Sarawak dan Segama Wetlands, Sabah.

“Penyenaraian ini diharapkan dapat menyokong usaha kerajaan untuk melindungi dan memulihara kawasan tanah lembap serta kepelbagaian bio­logi hutan-hutan di negara ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Wan Junaidi menyerahkan sijil pengiktirafan Kota Kinabalu Wetland sebagai Tapak Ramsar kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Wan Junaidi menjelaskan, pengiktirafan Ramsar adalah bertujuan memberi penekanan terhadap usaha pemuliharaan ekosistem tanah lembap dan penggunaan hutan dengan secara bijak.

Katanya, sehingga kini terdapat 2,272 kawasan di seluruh dunia telah disenaraikan sebagai tapak Ramsar merangkumi jumlah keluasan sebanyak 219 hektar.

“Sebagai negara ahli Ramsar sejak 1994, Malaysia mempunyai komitmen untuk menyenaraikan lebih banyak tapak tanah lembap yang berpotensi memelihara pengguna­an hutan dengan secara berhemah,” katanya.

Pada masa sama, Musa berkata, peng­iktirafan terbaharu itu merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kepa­da Sabah sejajar komitmen keraja­an negeri menjaga kepelbagaian biodiversiti alam sekitar di negeri itu.

"Kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan usaha memelihara dan memulihara kawasan paya bakau kerana ia amat penting sebagai tempat pembiakan hidupan laut serta menjaga flora dan fauna," katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain