Seorang ahli Parlimen Rusia, Anton Morozov, yang baharu pulang daripada lawatan ke Pyongyang memberitahu, Korea Utara kini berada dalam situasi `mahu berperang’.

``Mereka (Korea Utara) sedang bersiap sedia untuk melancarkan peluru berpandu jarak jauh malah mereka memberi kami perkiraan matematik yang mereka percaya membuktikan peluru berpandu itu mampu mengenai pantai barat laut AS,’’ katanya.

Morozov yang merupakan anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Rendah Parlimen dan dua lagi ahli Parlimen negara itu telah melawat Pyongyang pada 2 Oktober sehingga 6 Oktober lalu. - Reuters