Menurut BBC memetik kenyataan dikeluarkan oleh pentadbiran Korea Utara sebagai berkata, Pyongyang mendakwa sekatan baharu itu hanya membuatkan hubungan kedua-dua negara kembali seperti dahulu.

Washington dilaporkan merampas aset milik Choe Ryong-hae yang merupakan orang kanan kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un serta Menteri Keselamatan, Jong Kyong-thaek dan pegawai propaganda, Pak Kwang-ho di AS.

Ketiga-tiga mereka didakwa terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia.

"Pelanggaran hak asasi manusia di Korea Utara masih antara yang terburuk di dunia dan itu termasuklah buruh paksa, pembunuhan, penindasan, rogol dan jenayah seksual lain," ujar jurucakap Jabatan Negara AS, Robert Palladino.