RI TONG Il
RI TONG Il

Pegawai berkenaan, bekas duta besar Korea Utara di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ri Tong Il, tiba hari ini dan mengisytiharkan:"Mulai hari ini, saya akan menjadi jurucakap rasmi."

Bercakap kepada pemberita tempatan dan luar negara yang menghadiri sidang berita di perkarangan Kedutaan Korea Utara di sini, beliau berkata, perbincangannya akan ditumpukan kepada tiga perkara.

Katanya tiga perkara berkenaan adalah meminta mayat Jong-nam diserahkan kepada Korea Utara, persoalan berhubung penahanan seorang rakyat Korea Utara oleh polis Malaysia dan 'hubungan persahabatan' di antara Pyongyang dan Kuala Lumpur.

Tong Il juga berkata beliau berharap dapat menyelesaikan 'isu kemanusiaan' yang timbul berikutan kematian Jong-nam, yang hidup terasing daripada Jong-un. - BERNAMA