Peluru berpandu balistik antara benua turut dipamerkan dalam perarakan yang diadakan sehari sebelum pembukaan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan.

Namun, tidak seperti perarakan terakhir Pyongyang pada April tahun lalu, perarakan tersebut tidak dapat ditonton secara langsung sebaliknya hanya disiarkan beberapa jam kemudian.

Letupan bunga api kedengaran selepas Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengambil tempat di atas pentas untuk menyaksikan pameran itu bersama isterinya, Ri Sol-ju dan turut disertai Ketua Upacara Korea Utara, Kim Yong-nam yang akan mengetuai delegasi Pyongyang ke acara sukan di Pyeongchang.-AFP