AHMAD ISHAK
AHMAD ISHAK

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata, pihaknya te­lah menghantar buah tersebut ke negara berkenaan bagi memberi peluang kepada penduduknya mencuba keenakan buah itu.

“Selepas ini usaha akan dite­ruskan dengan urusan perniagaan durian Malaysia ke Korea Selatan. Itu merupakan kaedah yang kita lakukan apabila ingin menembusi pasaran baharu.

“Pada masa ini, durian Malaysia berjaya menembusi pasaran di enam negara iaitu China, Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, Australia dan Indonesia. Kita juga merancang memasuki pasaran Kanada dan Eropah,” katanya.

Beliau berkata de­mi­­kian dalam sidang akh­bar selepas merasmikan Kursus Upskilling Pemasaran dan Penanaman Durian Musang King Siri Dua di Institut Latihan FAMA di Port Dickson di sini hari ini.

Menurut Ahmad, jumlah kese­luruhan nilai eksport durian pada 2015 berjumlah RM65 juta melibatkan 25 tan metrik dan meningkat kepada RM74 juta pada 2016.

Tambahnya, nilai pasaran eksport du­rian tempatan diunjurkan mencapai RM92 juta pada 2020.

“Durian dieksport sama ada dalam bentuk segar, sejuk beku dan pes (isi tanpa biji). Durian Musang King mempunyai potensi eksport yang besar terutama­nya selepas Jabatan Pertanian mendapat laluan pasaran untuk mengeksportnya dalam bentuk ulas sejuk beku ke China pada 2011,” ­katanya.

Dalam pada itu menurutnya, permintaan tinggi mendorong FAMA menganjurkan kursus yang dirasmikan hari ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam memulakan penanaman durian Musang King dan memanfaatkan kaedah baharu bagi mengeluarkan hasil lebih cepat.