Ini menjadikan Kor Ming mengatasi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengisytiharkan pendapatan bersama isterinya sebelum ini sebanyak RM86,464.92.

Setakat ini, sebanyak 123 ahli Parlimen mengisytiharkan pendapatan mereka dalam portal mydeclaration.sprm.gov.my.

Seorang lagi disenaraikan ialah Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial), Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik dan isteri dengan pendapatan RM40.540.89.

Turut tersenarai, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu serta isteri, Normah Alwi dengan mengisytiharkan pendapatan RM57,586.48.  

Berikut merupakan senarai ahli Parlimen yang mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM);

-Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahudin Ayub dan isteri (RM 67,200).

-Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad dan isteri (RM56,049.40).

-Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Yusof dan isteri (RM65,407.20).
 
-Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan isteri (RM51,040.89).

-Setiausaha Politik Jabatan Perdana Menteri, Datin Rohana Mohammad Nasir dan suami (RM8,390.10)

-Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Mohd. Naaim Mahmod (RM12,976).

-Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Mohd. Azhar Che Mat Dali dan isteri (RM38,657.89).

-Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Azlinda Mohd. Arshad dan suami serta anak (RM18,692.10).

-Ahli Parlimen Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen dan isteri (RM25,700).

-Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan isteri (RM44,585.95).

-Ahli Parlimen Julau, Larry Soon dan isteri (RM59.065.39).

-Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dan isteri (RM33,256.52).

-Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew Chin Jin dan suami (RM85,422.50).

-Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol dan isteri (RM25,700).
- UTUSAN ONLINE