Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sistem tersebut yang merupakan sebahagian transformasi kementerian itu dapat mendidik masyarakat terutama pelajar dengan sistem yang lebih dinamik.

"Tiada sekatan dalam memastikan hala tuju koperasi sekolah kerana kita mahukan transformasi dan kita mahukan pelajar ada pengetahuan yang boleh dibawa kepada masyarakat.

"Kita juga mahukan pelajar didedahkan dengan ilmu formal di luar bilik darjah seperti ilmu pengauditan dan pengurusan perniagaan di masa akan datang," katanya dalam sesi interaktif bersama pengetua sekolah dari seluruh negara sempena Seminar Transformasi Koperasi Sekolah 2018, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE