Lebih menarik, konvoi tersebut yang dinamakan Jelajah Vario Sayangi Malaysiaku 2018 akan menggunakan motosikal yang setiap satu diwarnakan mengikut bendera 14 negeri yang terdapat di negara ini.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) memaklumkan, konvoi berkenaan bermula di kilangnya di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 10 Disember ini dan berakhir di Bandar Penawar, Johor, 16 Disember ini sempena pusingan akhir Edisi Ke-25 kejohanan Cub Prix Malaysia.

Menurut kenyataan itu, konvoi selama tujuh hari tersebut meliputi jarak perjalanan kira-kira 1,400 kilometer.

“Antara lokasi persinggahan konvoi ini adalah Kota Bharu, Kijal, Genting Highlands, Kuala Lumpur, Muar dan Bandar Penawar.

“Di setiap lokasi akan diadakan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai,” jelas kenyataan tersebut, di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan berita terkini mengenai Jelajah Vario Sayangi Malaysiaku 2018 boleh mengikuti #HondaJVSM di Facebook, Instagram dan Twitter. - UTUSAN ONLINE