Timbalan Pengarahnya, Eric See-To berkata, dakwaan wakil rakyat DAP tersebut bahawa kos 182,712 unit tablet yang dibekalkan itu adalah satu kali ganda daripada harga pasaran adalah tidak benar sama sekali. 


Katanya, pemeriksaan mudah di internet menunjukkan bahawa kontrak yang diberikan bukan hanya untuk tablet tetapi termasuk Tutor Guru yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat itu, serta langganan e-Paper Utusan Malaysia, akhbar harian yang akan dihantar kepada guru dalam talian setiap hari. 


“Dalam pengiraan Chee Keong, kos satu tablet berharga RM832 dan dia dikatakan menyemak harga dalam talian di Lazada iaitu RM388 setiap tablet sedangkan kos yang ditanggung bukan hanya tablet tersebut.


“Akan ada kos pelesenan dan penyelenggaraan untuk perisian Tutor Guru manakala langganan setahun untuk e-Paper Utusan Malaysia bernilai RM180 setahun. Malah, kos ini telah dijelaskan di Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada November 2016,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE