Kementerian Luar Palestin dalam kenyataan berkata, persidangan anjuran Amerika Syarikat (AS) dan Poland tersebut juga tidak menjemput pihak berkuasa Palestin diketuai Presiden Mahmoud Abbas.

“Palestin akan mengabaikan semua kesimpulan yang dibuat dalam persidangan itu.

“Niat jahat pentadbiran itu diulangi sendiri, Presiden Donald Trump dalam ucapan pada State of Union yang mana menekankan untuk meneruskan polisi memihak mutlak kepada Israel,” jelas kenyataan itu.

Hubungan Palestin dan AS yang telah renggang sejak 2017 setelah Washington mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ‘ibu negara’ Israel.

Respons pihak berkuasa Palestin pula dengan menghentikan pengiktirafan sebarang peranan mediasi Washington dalam konflik mereka bersama rejim Zionis dan menolak percakapan bersama pentadbiran Trump.

Tambah kenyataan itu, kerajaan AS telah ‘mengisytihar perang’ dalam isu Palestin sejak hari pertama lagi.

“Kita berpandangan sektor timur Baitulmuqaddis sebagai ibu negara di masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Iran menyatakan persidangan Warsaw menentang Republik Islam akan membawa malu kepada peserta-peserta umpama sarkas yang terdesak.