Selepas kumpulan itu mendendangkan lagu Energatic dan Beautiful, peminat 11 jejaka dari Korea Selatan itu mula tolak menolak dan ada di antara penonton yang pengsan.

Lebih 20 minit berlalu dan pihak penganjur masih mengarahkan penonton agar bertenang dan memberi kerjasama untuk duduk namun ruang seakan tidak mencukupi. - UTUSAN ONLINE