Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Konsert #Search35 ditangguh 30 Ogos depan

Amy Search
Amy Search

KUALA LUMPUR 15 Mac – Konsert Search sempena 35 tahun penglibatan dalam industri seni yang dijadualkan berlangsung 9 April ini terpaksa ditangguhkan kepada 30 Ogos depan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Vokalis kumpulan legenda itu, Amy Search berkata, keputusan tersebut terpaksa diambil berikutan beberapa faktor terutama keselamatan dan juga keselesaan peminat yang akan hadir pada konsert itu nanti.

Jelas penyanyi berusia 57 tahun itu, kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan di sekitar lokasi konsert, Stadium Merdeka menyebabkan keadaan tidak begitu selamat dan kesesakan luar biasa akibat ketiadaan tempat meletak kereta.

“Kami memilih 30 Ogos adalah bersempena dengan sambutan ambang Hari Kemerdekaan, jadi konsert ini merupakan hadiah kami kepada peminat yang juga anak jati Malaysia untuk sama-sama menyambut hari bersejarah itu.

“Konsert yang akan diadakan di Stadium Merdeka ini juga merupakan penghargaan kami kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong Search selama lebih tiga dekad. Oleh itu, kami menjanjikan persembahan luar biasa dan penuh aksi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman menafikan pe­nangguhan tersebut adalah kerana sam­butan kurang memberangsangkan daripada peminat be­rikutan terdapat dua lagi konsert mega yang bakal berlangsung dalam bulan yang sama.

“Setakat ini, jualan tiket amat memberangsangkan dengan ribuan tiket telah terjual. Sebenarnya tiada isu kurang sambutan atau disebabkan konsert-konsert artis lain, saya fikir penangguhan ini merupakan jalan terbaik bagi memberi keselesaan kepada peminat.

“Tidak dinafikan, kita terpaksa menanggung kerugian akibat tindakan mengejut ini namun, demi peminat yang selama ini menyokong kami, saya rasa kepuasan mereka lebih memberi keuntungan kepada kami,” katanya.

Mengulas lanjut, Amy berkata, peminat yang telah membeli tiket awal bakal menerima tiket percuma sebagai hadiah saguh hati kerana tindakan menangguhkan konsert tersebut.

“Saya tahu ramai yang agak emosi apabila kami mengumumkan berita itu, jadi mana-mana peminat yang telah membeli tiket boleh mendapatkan satu lagi tiket percuma sebagai imbuhan istimewa daripada Search,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain