Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kongres Budaya 2017 April ini

Lebih 80 jabatan kerajaan, 350 NGO dijangka terlibat

DR.  Rais Yatim pada sidang media mengenai penganjuran Kongress
Dr. Rais Yatim pada sidang media mengenai penganjuran Kongress Budaya 2017 di Plaza Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Kerajaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Kongres Budaya 2017 bagi mencari idea-idea baharu yang boleh diketengahkan dalam usaha memperkasakan budaya dan adat Melayu yang semakin terhakis sejak kebelakangan ini.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, kongres yang kali terakhir dianjurkan pada tahun 1971 itu akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 15 April depan dan bakal membabitkan penglibatan lebih 80 jabatan kerajaan serta 350 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kalau kita tidak mulakan dari sekarang, bila lagi? Adat juga sudah semakin menghilang, sedangkan raja-raja Melayu begitu bergantung kepada adat. Tetapi masalahnya kini ialah adat sudah tidak diajar dan diamalkan.

“Kongres ini diadakan untuk memberi peluang kepada kaum Melayu, Cina dan India untuk menyentuh hal-hal rapat dengan masyarakat contoh berkaitan perpaduan dan hilangnya cara hidup bermoral tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Rais menambah, rumusan akhir daripada kongres tersebut khususnya dari aspek pembudayaan akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja dan kerajaan untuk dipertimbangkan bagi dimasukkan ke dalam agenda Transformasi Nasional 50 (TN50).

Ujar beliau, sebelum kongres diadakan, pihaknya akan menganjurkan beberapa siri bengkel bagi membicarakan topik merangkumi budaya, ekonomi, bahasa, kandungan kreatif, warisan dan institusi adat Melayu. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain