Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kongres bincang isu budaya semakin terhakis April ini

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Kerajaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Kongres Budaya 2017 bagi membincangkan isu-isu kebudayaan yang dilihat semakin terhakis bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu malah kaum-kaum lain.

Rais Yatim

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, kongres kali terakhir dianjurkan pada 1971 itu akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 15 April ini yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, kongres berke­naan melibatkan penyertaan lebih 80 jabatan kerajaan dan 350 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan dihadiri kira-kira 500 budayawan, ahli akademik serta pelajar.

“Rasional kongres ini diadakan bertujuan mengingatkan kembali masyarakat Malaysia mengenai wasiat yang ditinggalkan oleh Raja-raja Melayu terdahulu di samping menimbulkan kese­daran dalam menghayati Rukun Negara yang menjadi teras negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Sebelum penganjurannya, sebanyak lima bengkel khas akan berlangsung bagi membincangkan lima topik utama yang berlegar dalam masyarakat iaitu budaya ekonomi, bahasa, kan­dungan kreatif, institusi adat Melayu dan warisan budaya.

Resolusi yang terhasil daripada bengkel berkenaan akan dibawa ke Kongres Budaya 2017 untuk diperhalusi.

Turut akan diselitkan dalam perbincangan di bengkel itu nanti adalah topik tentang polarisasi kaum dan peranan pendidikan sosiobudaya selain amalan atau gelagat sosiopolitik yang merugikan negara.

Panel yang diundang bagi menjayakan bengkel tersebut adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad; pakar kesusasteraan bandingan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Seri Md. Salleh Yaapar; pelopor Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Dr. Mahadi J. Murad; Pengerusi Institut Seni Melayu Melaka (Ismma), Tan Sri Dr. Abdul Latiff Abu Bakar dan Pengarah Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Muhammad Pauzi Abdul Latiff.

Rumusan akhir daripada kongres tersebut khususnya dari aspek pembudayaan akan dibawa kepada pengetahuan Majlis Raja-raja dan kerajaan untuk diambil tindakan atau dipertimbangkan bagi dimasukkan ke dalam agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain