Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perubahan yang dilakukan itu merupakan anjakan paradigma untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan memerlukan pembabitan serta sokongan pelbagai pihak.

“Kaedah berfikir dan cara menjawab dalam KBAT bermula dari peringkat prasekolah di tadika sehingga ke sekolah kebangsaan dan menengah yang dilaksanakan secara berterusan.

“Dalam konteks ini pihak sekolah dan PIBG boleh memainkan peranan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa bagi memahamkan KBAT yang dipelajari anak-anak mereka di sekolah,” kata kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 200 bakal jemaah haji di daerah ini di sini hari ini.

Tambahnya, kementerian juga bersikap terbuka dengan mengalu-alukan reaksi semua pihak termasuk ibu bapa berhubung pembelajaran itu.

Beliau mengulas tentang keluhan perkongsian seorang wanita mengenai silibus pendidikan didakwanya sebagai tidak menepati kemampuan pelajar dan rigid yang tular di media sosial baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE