Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak pukul 2 pagi semalam selepas buah pinggangnya gagal berfungsi selain mengalami masalah denyutan jantung lemah dan diabetes serta perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Adnan merupakan antara komposer unggul dan berpengaruh pada era 80-an hingga awal tahun 2000 serta telah membantu menaikkan nama-nama besar penyanyi tanah air.

Antara lagu popular yang dihasilkan beliau ialah Jerat Percintaan nyanyian Siti Nurhaliza, Di Persimpangan Dilema (Nora) dan Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar). - UTUSAN ONLINE