Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, faktor inilah yang harus ada pada pusat penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mewujudkan generasi  berilmu, kreatif dan inovatif bukan sahaja akademik tetapi sahsiah diri.

Katanya, justeru,  bagi merealisasikan perkara itu, kementerian telah menetapkan setiap tenaga pengajar prasekolah mesti mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam Penjagaan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan.

“Kita mahu membina landasan yang betul dalam diri kanak-kanak ini sebelum mereka melangkah ke dunia persekolahan kebangsaan,

“Sehubungan itu, kementerian akan mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Permata untuk mencari kaedah sesuai supaya sahsiah dan akademik berjalan seiring dalam diri kanak-kanak  ini sejak baru lahir hingga prasekolah,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat sebuah pusat penjagaan dan pendidikan kanak-kanak, Busy Bee di Westminster di sini semalam.

Mahdzir serta delegasi meluangkan masa kira-kira satu jam di Busy Bees bagi meninjau sendiri perkembangan dan kaedah pembelajaran yang diatur pusat pendidikan berkenaan dalam usaha mendapatkan kaedah terbaik bagi jangka masa panjang, sekali gus berupaya membantu meningkatkan masa depan pendidikan negara terutama di peringkat prasekolah.