Nahariah Hussein
Nahariah Hussein

Berita tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan pemergian Allahyarham Nahariah merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan polis.

“Salam takziah daripada seluruh anggota dan pegawai PDRM kepada keluarga Allahyarham,” kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini malam ini.

Nahariah merupakan Ketua Penolong Pengarah D1 (Pentadbiran), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum dilantik ke jawatan Komandan Pulapol pada Januari tahun lalu.

Beliau mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai Komandan Pulapol selepas 110 tahun institusi itu ditubuhkan.