Keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rombongan kira-kira pukul 4 petang disambut kira-kira 5,000 hadirin sebagai tanda sokongan usaha murni baginda mendekati rakyat sejak Sabtu lalu.

Yang turut hadir menyambut kepulangan baginda ialah Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli; wakil rasmi Menteri, Datuk Md. Jais Sarday yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta barisan Exco kerajaan negeri.

KMJ yang memasuki edisi ke-20 kali ini menampilkan kelainan apabila Sultan Ibrahim memandu kereta beroda tiga jenis Morgan buatan Britain. - UTUSAN ONLINE