Pengerusi KLIYD, Khairul Azwan Harun berkata, persidangan itu juga membuka ruang kepada golongan belia untuk bertukar-tukar fikiran secara sihat dan terbuka dalam mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan belia.

“Isu yang diketengahkan dalam wacana ini mengenai keselamatan dan demokrasi adalah tepat pada masanya.

“Kita mesti memahami pemikiran radikal ini dalam mencari penyelesaian kepada kegiatan keganasan dan wacana ini satu jalan terbaik untuk golongan muda berkongsi idea dengan kerajaan,” katanya ketika berucap dalam wacana tersebut.

Wacana yang berlangsung buat julung kali itu bertemakan ‘Memperkasa Belia Untuk Masa Depan Yang Cerah dan Lebih Selamat’ dihadiri 1,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Menurut Khairul Azwan, ke­ganasan kini tidak mengenal sempadan dan yang lebih membimbangkan kumpulan pelampau itu akan melakukan apa sahaja untuk menghalalkan perbuatan mereka.

“Mereka akan menggambarkan diri mereka sebagai kum­pulan tertindas dan pejuang kebe­basan sedangkan ramai orang Islam yang menjadi mangsa perbuatan mereka.

“Cabaran yang lebih besar sekarang ialah bagaimana memastikan mereka ini dapat kembali ke pangkal jalan,” jelasnya.