Ini merupakan tahun ketiga penganjuran KLICF dan untuk kelainan tahun ini, festival bertaraf antarabangsa yang berlangsung selama empat hari itu dijayakan di Putrajaya berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang hanya di buat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, festival itu akan di­sertai seramai 349 usahawan kraf iaitu kira-kira 224 usahawan tempatan manakala 170 lagi adalah peserta daripada 35 buah negara luar.

“Antara negara luar yang terlibat dalam penganjuran KLICF 2017 yang bertemakan ‘Kraf Menyatukan Masyarakat‘ pada kali ini adalah Brunei, Indonesia, Taiwan dan Argentina.

“Festival itu bakal mempertemukan pembeli yang terdiri daripada pemain-pemain industri seperti pengimport, pemborong, pengedar serta peminat barangan kraf tempatan dan luar negara,” katanya.