"Kesemua 700 anggota ini tidak lagi terlibat dalam operasi biasa dan mereka akan ditempatkan kluster iaitu Bukit Jalil, KLCC (Kuala Lumpur City Centre), MITEC (Malaysian International Trade and Exhibition Centre), Putrajaya dan juga acara perseorangan seperti berbasikal, ekuestrian dan sukan layar di Langkawi.

Kita juga telah membuat pemeriksaan rapi sejak dua bulan lepas di hotel-hotel penginapan atlet dan juga kawasan perhimpunan awam bagi memastikan tiada ancaman bahan kimia dan radioaktif di kawasan tersebut bagi kelancaran Sukan SEA," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas demonstrasi kesiapsiagaan dan persiapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sempena KL2017 di Pusat Penyelidikan dan Kebombaan (Puspek) di Bandar Enstek, di sini.

Turut hadir Ketua Kajian Operasi Kebombaan Puspek Zainuddin Md. Alip.

Mengulas lanjut, Murugiah berkata, kesemua 700 anggota berkenaan akan mula ditempatkan di venue-venue berkenaan bermula 17 Ogos ini termasuk dua anggota yang akan ditempatkan di setiap hotel penginapan atlet, yang keseluruhan berjumlah 66 buah. - BERNAMA