MRCB berkata, selain itu Stadium Nasional Bukit Jalil yang terletak dalam KL Sports City pula telah dinamakan sebagai Stadium Tahunan 2018 pada Anugerah Kongres Stadium Dunia di Amsterdam, menewaskan tiga peserta lain dari Perancis, U-Arena Stadium, Stade de France dan New Bordeaux Stadium.

Katanya, MRCB dan Populous bekerjasama sebagai kontraktor dan arkitek bagi memberi wajah baharu kepada Stadium Nasio­nal Bukit Jalil dan meluaskan KL Sports City.

“Dalam mereka bentuk komplek sukan berkenaan yang me­rangkumi empat buah stadium, fokus utama telah diberikan terhadap fungsi-fungsi terbaik yang menepati standard antarabangsa serta menggabungkan seni bina moden dan inovatif yang mempunyai unsur-unsur kemampanan.

“Penggunaan teknologi parametrik untuk pencahayaan lampu hadapan adalah bukti kejayaan projek dalam menggabungkan reka bentuk canggih dan teknologi mesra alam,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Tambahnya, projek tersebut juga turut menerima beberapa pengiktirafan antaranya Anugerah Lima Bintang Shassic daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Anugerah Emas pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pertubuhan Profesional Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA) dalam bidang Pembinaan dan Kejuruteraan.