Bagi yang sudah kembali ke pejabat pula, suasana Hari Raya Aidilfitri itu pasti masih ada, apatah lagi ada yang memilih mengenakan baju raya ke pejabat.

Namun satu perkara yang sudah menjadi lumrah bagi warga kota yang sudah mula bertugas adalah kesukaran mencari tempat untuk makan tengah hari.

Kampung Baru misalnya, salah satu pusat penjaja Melayu yang menawarkan pelbagai menu masakan Melayu sepanjang hari didapati masih lengang.


Hal itu kerana banyak pusat penjaja, restoran dan gerai Melayu masih belum beroperasi kerana masih bercuti Hari Raya.

Pilihan yang ada untuk warga kota ialah restoran mamak dan restoran makanan segera. - UTUSAN ONLINE