Mereka  terdiri daripada 80 graduan sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO) di samping 18 graduan Diploma Pentadbiran Sistem Komputer dan  41 graduan Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat.

Penyampaian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib yang juga  Pengerusi KKYT.

Yang turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Ishamudin Hashim dan Pengurus Pusat Bertauliah KKYT, Che Wan Normalia Che Wan Ngah.

Dalam majlis itu juga, tiga graduan menerima Anugerah Cemerlang KKYT iaitu Nurul Ain Nabilah Rosli (Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat), Nurul Syafika Roslan (Diploma Pentadbiran Sistem Komputer)  dan  Mohammad Aiman Naim  Mohd Saidi (Sijil VTO).

Sementara itu  Che Wan Normalia berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus graduan daripada KKYT mendapat tawaran bekerja yang bersesuaian berdasarkan kelulusan serta kemahiran mereka.

Katanya, KKYT menawarkan  kos pengajian yang rendah manakala pelajar turut mendapat elaun daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.

“Pada masa ini, KKYT menawarkan tiga kursus kemahiran iaitu Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat, Diploma Pentadbidran Sistem Komputer  dan  Sijil VTO.

“Pengambilan pelajar dibuat empat kali setahun iaitu pada Januari, April, Julai dan Oktober dengan seramai 100 orang bagi setiap sesi,”ujarnya. - UTUSAN ONLINE