Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, peruntukkan tersebut melibatkan projek menaiktaraf jalan sepanjang dua kilometer (km).

Menurutnya, ini adalah projek perintis untuk kaedah baharu dalam pembinaan jalan perhubungan yang menggunakan getah bekuan sebagai campuran di dalam bitumen (tar).

"Kerja-kerja menaiktaraf jalan di Kampung Pauh ke Sungai Bedal ini telah mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan.

"Menerusi kaedah baharu ini, tahap ketahanan jalan adalah jauh lebih lama selain tahan banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Jalan Penghubungan Desa menggunakan Ruberised Road Kampung Pauh ke Sungai Bedal, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Risda negeri, Rusly Yaakub dan Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temangan, Wan Adnan Wan Aziz. - UTUSAN ONLINE