Berangkat sama pada majlis itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Buku setebal 381 muka surat hasil tulisan Mohd. Nazim Mohd Noor dan Dr. Hazman Hassan itu diterbitkan oleh MAIPs dan mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam ruangan prakata buku tersebut, Mohd Nazim menulis bahawa kehadiran buku ini menjadi obor yang menyuluh cakerawala pemikiran pembaca dalam memahami dan menghayati kisah sebuah majlis agama Islam dari negeri yang paling utara di semenanjung Malaysia.

Majlis tersebut terus berkembang dengan keprihatinan Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail diteguhkan dengan ketegasan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan ditransformasikan dengan sikap pro aktif Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Bagi yang berminat untuk memiliki buku tersebut boleh dibeli di ibu pejabat MAIPs di Kangar dan juga DBP di Kuala Lumpur dengan harga RM150 senaskah.- UTUSAN ONLINE