Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kilang Padi PPK Kangkong bakal beroperasi semula

PASIR MAS 16 Mei - Kilang Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong yang sebelum ini ditutup akibat masalah pengering dijangka kembali beroperasi semula pada hujung tahun ini.

AIMI JUSOH
AIMI JUSOH

Pengerusinya, Datuk Aimi Jusoh berkata, kerja-kerja pengujian mesin pengering itu sedang giat dijalankan ketika ini bagi memastikan kilang tersebut bersedia sepenuhnya sebelum dibuka kembali.

"PPK Kangkung berterima kasih kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di atas bantuan kewangan berjumlah RM900,000 yang diberikan untuk mengerakkan semula kilang ini.

"Saya yakin dan percaya, apabila kilang ini kembali beroperasi, kita dapat mengurangkan lambakan padi di kawasan Pasir Mas," katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Agung Tahunan PPK Kangkong di sini hari ini.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Ali Sheikh Ahmad. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain