Turut hadir ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, isterinya, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif UP, Datuk Carl Bek-Nielsen.

Bek-Nielsen berkata, keputusan untuk membina kilang minyak sawit baharu yang dipanggil Optimil itu dibuat pada 2015 oleh Lembaga Pengarah UP.

Menurutnya, matlamat projek tersebut adalah untuk membina kilang yang melepasi standard keselamatan, kelestarian dan kebersihan makanan yang ketat di dunia serta beroperasi tanpa menggunakan bahan api fosil.

"Selama 15 tahun ini industri minyak sawit sering dilempar dengan kempen media negatif yang kadang-kadang berat sebelah terutamanya dalam era beri­ta palsu sekarang,"katanya semasa majlis pelancaran itu.

Bek-Nielsen berkata, industri minyak sawit perlu menyahut cabaran dan menunjukkan kepimpinan dalam menerima cabaran dan melakukan apa yang perlu.

"Kami UP akan melakukan yang terbaik dalam memainkan peranan kami untuk berkongsi amalan lestari ini dan apa yang lebih penting, untuk memenuhi 17 Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya. - BERNAMA