Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob itu diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Ketua Eksekutif Kias, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin.

Dalam majlis sama, pelajar Diploma Al-Syariah, Mohamad Muqrie Mohamad Sopi, 21, dinobatkan sebagai graduan terbaik keseluruhan yang menerima Anugerah Muhammad Al-Fatih.

Kias menawarkan sebanyak 16 program pengajian diploma seperti Diploma Usuluddin, Al-Syariah, Kaunseling, Kewangan Islam, Dakwah dengan Media, Tahfiz al-Quran, Bahasa Arab dan Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan. - UTUSAN ONLINE