Sheikh Abdul Rahman berkata, kemudahan itu akan dilancarkan menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris.

Sheikh Abdul Rahman sendiri dijang­ka­ menyampaikan khut­bah Arafah pada musim haji tahun ini dalam bahasa Arab.

“Terjemahan dalam bahasa Melayu dibuat bagi manfaat orang Me­layu, yang merupakan sebahagian besar kumpulan jemaah dari Asia Tenggara, kebanyakan mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan fahaman ini berkembang ke negara lain termasuk Thailand, Filipina, Singa­pura, Indonesia dan Malaysia.

“Urdu ialah bahasa rasmi Pakistan dan masyarakat Islam dari lima negara India, di samping beberapa tem­pat lain di Asia Selatan, manakala Parsi pula bahasa rasmi Iran, seperti yang dituturkan di Tajikistan dan negara lain,” katanya di sini.

Beliau berkata, terdapat bilik keselamatan yang dikawal rapi lengkap dengan kemudahan bagi penterjemah, mengambil kira spesifikasi kepentingan dan pe­ngaruh, yang mana terjemahan dilakukan serentak bermula daripada awal khutbah.

Khutbah Arafah akan diadakan di Masjid Nemra di Dataran Arafah, meliputi kawasan seluas 110,000 meter persegi.

Khutbah itu akan disiarkan segera sebelum jemaah menunaikan solat zuhur dan asar dalam satu perhimpunan ringkas, bagi mengikuti sunnah Nabi Muhammad SWT. – BERNAMA