Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, buat masa ini, pihaknya sedang membuat penilaian terhadap kualiti per­khidmatan kira-kira 30,000 guru takmir dan guru KAFA di seluruh negara.

“Kita kena tahu tahap kua­liti dan kedudukan pendidikan KAFA di negara ini bagi membolehkan pengubahsuaian di­buat, seiring dengan keadaan sekarang.

“Sebab itu penilaian terhadap semua guru dilakukan dan usaha ini bukan mudah kerana ada le­bih 30,000 guru takmir dan KAFA di seluruh negara,” kata­nya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri dialog bersama rak­yat di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas me­ngenai kedudukan guru takmir dan KAFA di seluruh negara ekoran perubahan tampuk kuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Sebaik sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menamatkan perkhidmatan penggerak masyarakat termasuk 3,075 orang di negeri ini.

Bagaimanapun bekas Pe­nge­rusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan penamatan perkhidmatan tersebut tidak wajar kerana kumpulan tersebut sebenarnya merupakan guru-guru yang me­ngajar al-Quran di kampung-kampung.