Khazanah memegang saham 1.467 crore atau kepentingan 4.17 peratus di dalam YES Bank melalui anak syarikat Mauritiusnya, Titiwangsa Investments, demikian menurut laporan The Hindu.

"Kepentingan itu dijual secara urus niaga blok pada Isnin pada potongan kecil berbanding harga pasaran,” kata penganalisis pembrokeran pelbagai negara yang dipetik sebagai berkata di dalam laporan itu.

Ia turut memetik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif YES Bank, Rana Kapoor sebagai berkata, transaksi kira-kira $110 juta mengikut harga pasaran itu mewakili keinginan pelaburan yang kukuh terhadap saham YES Bank, yang mengukuhkan ketahanan perniagaan dan model kewangan kami dan peluang pertumbuhan masa depan yang sifnigikan.

Bagaimanapun, entiti yang membeli kepentingan itu tidak didedahkan.

Khazanah pertama kali melabur di dalam YES Bank pada Mac 2007 dengan pelaburan awal 2.0 peratus. — BERNAMA