Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Khazanah, KWSP tingkat pelaburan

Malaysia beli lebih banyak pesawat Boeing untuk MAB

NAJIB TUN RAZAK menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman
NAJIB TUN RAZAK menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman antara Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Kevin McAllister (duduk, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Peter Bellew di Hotel St. Regis, Washingston, semalam. Turut kelihatan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. BERNAMA

WASHINGTON 13 Sept. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kha­zanah Nasional Bhd. me­rancang meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat (AS) dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi negara itu, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, KWSP sahaja dijangka melabur antara AS$3 bilion (RM12.6 bilion) dan AS$4 bilion (RM16.8 bilion) di negara tersebut.

“Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS,” kata Najib semasa pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di sini hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, delegasi Malaysia mempunyai tiga cada­ngan khusus.

Pertama, katanya, Malaysia berhasrat menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli oleh Malaysia Airlines Bhd (MAB).

“Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.”

“Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga tersebut akan bernilai melebihi AS$10 bilion,” katanya.

Pesawat 737 MAX 10 bakal menjadi pesawat satu lorong paling menguntungkan bagi syarikat penerbangan tersebut, menawarkan kos tempat duduk paling rendah, manakala 787 Dreamliner merupakan pesawat enjin berkembar dengan kerangka sederhana bagi perjalanan jarak jauh.

Perbincangan dengan Trump itu merupakan kemuncak lawatan kerja Najib ke AS dari 11 hingga 13 September atas jemputan daripada Presiden AS ke-45 itu yang memegang jawatan pada 20 Januari tahun ini.

Najib berkata, kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd. untuk membeli enjin General Electric buatan AS.

“Keduanya, Kami memiliki KWSP, yang merupakan dana pencen utama di Malaysia. Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan telah melabur kira-kira AS$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan pelaburannya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain