Pengerusi Jawatankuasa Agama ne­geri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, program itu juga akan memantapkan jati diri dan integriti penjawat awam dengan menghayati isi kandungannya.

“Ketika saya berkunjung ke Makasar, Indonesia baru-baru ini, saya lihat pekerja di sana diwajibkan mengambil beberapa juzuk al-Quran sebelum bersama-sama khatam dalam satu majlis.

“Saya lihat ini sebagai satu langkah yang bermanfaat dan kita di Johor yang telah amalkan pendidikan agama sejak dahulu lagi perlu mencontohi amalan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kebangsaan sempena Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 di sini hari ini.

Kira-kira 300 pelajar dari sekolah terpilih seluruh negeri menyertai majlis tersebut. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Abd. Mutalip berkata, program itu merupakan kesinambungan program mem­budayakan al-Quran yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak 1995 dalam usaha mengangkat martabat kitab suci ter­se­but pada tahap tertinggi seterusnya melahirkan anak-anak cemerlang.

Katanya, penghayatan ajaran kitab suci itu juga memberi inspirasi dan galakan untuk lebih mencintai Allah SWT selain menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan berlandaskan al-Quran.

Sementara itu, Othman berharap ajaran kitab suci tersebut dihayati dan dijadikan adunan dalam kehidupan seharian selain sebagai sumber ilmu umat Islam.

Beliau berkata, program seperti itu akan memberi inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada Ilahi serta menguasai segala bidang ilmu pengetahuan.

Jelasnya, pendidikan berlandaskan al-Quran dan sunah harus menjadi teras utama dalam melahirkan modal insan sekali gus memperkasakan bangsa dan negara untuk kejayaan dunia serta akhirat.

JOHOR BAHRU 12 Mei – Program khatam al-Quran akan diperkenal di setiap jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini bertujuan membudayakan serta menyu­burkan kecintaan terhadap kitab suci tersebut bermula tahun depan.