Sebaliknya, kata Khalid, apa yang disebut oleh beliau ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melakukan penilaian terhadap cadangan tersebut.

“Berita itu bukan sahaja tidak tepat dari segi apa yang saya katakan bahkan memutarbelitkan kenyataan saya.

“Sehubungan itu, saya meminta TV3 memperbetul laporan Buletin Utamanya dan menarik balik laporan tidak benar itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khalid sebelum ini mengumumkan Jalan Tuanku Abdul Rahman akan ditutup daripada sebarang kenderaan kecuali bas awam bermula 15 Mac ini.

Sementara itu, menurut Khalid, DBKL kini dalam proses mengkaji pilihan pelaksanaan jalan yang terkenal sebagai kawasan beli-belah itu sebagai laluan pejalan kaki dengan mengadakan perbincangan bersama pihak-pihak yang terlibat.

“Kita akan umumkan bentuk pelaksanaannya seminggu sebelum tarikh yang ditetapkan iaitu pada 15 Mac 2019,” katanya. - UTUSAN ONLINE