Antara program khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan ialah membaik pulih dan menyelenggara kemudahan fizikal awam seperti gelanggang sukan, wakaf, surau, dewan masyarakat, sekolah pondok atau maahad tahfiz; rumah anak yatim dan orang tua serta rumah mangsa bencana alam.


Selain itu, program itu menawarkan perkhidmatan kemahiran seperti menggunting rambut, membaiki kenderaan milik awam dan memasak untuk golongan yang memerlukan 
seperti anak yatim, orang tua, miskin, asnaf dan gelandangan.


“Program ini dijangka memberi kesan besar terhadap kebajikan dan kesejahteraan sosial masyarakat.


“Sebanyak 132 program khidmat masyarakat yang melibatkan 34,320 belia dan komuniti setempat di seluruh negara dijangka terlibat dalam program ini,” kata Khairy dalam sidang akhbar selepas melancarkan program tersebut di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong dekat sini hari ini.


Menurutnya, sebanyak 22 ILKBS terdiri daripada IKTBN, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) di seluruh negara mengambil bahagian dalam program itu. - UTUSAN ONLINE