MOHAMAD SABRI MOHD. ARSAD

Presiden KGMMB, Datuk Mohamad Sabri Mohd. Arsad berkata, kesatuan itu telah lama memohon untuk menyertai CUEPACS namun mempunyai masalah teknikal yang perlu diperhalusi menerusi sokongan daripada ahlinya di seluruh negara.

“Syukur setelah melepasi beberapa pertimbangan dan sokongan ahli, KGMMB bersetuju menyertai badan induk kesatuan pekerja berkenaan bagi manfaat kepada semua penjawat awam khususnya dalam perkhidmatan pendidikan.

“Ini merupakan detik bersejarah KGMMB apabila penyertaan dalam CUEPACS memberi banyak ruang kepada kami memperjuangkan nasib dan kebajikan penjawat awam khususnya golongan guru pada masa akan datang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, penyertaan kesatuan itu yang mempunyai kira-kira 46,000 ahli juga dapat membantu CEUPACS dengan mengemukakan idea bernas bagi menangani kebajikan anggota perkhidmatan awam termasuk dalam kalangan warga pendidik.